SUDUT PIDATO
PUTERI NADIA (5 STEM) AFRINA (5 STEM) VISHNOO (5 STEM)
Setiap hari ketika waktu rehat telah diadakan ucapan awam di sudut pidato SMK Sultan Mansor Shah. Setiap pelajar akan menyampaikan maklumat kepada pelajar lain mengikut tajuk pilihan masing-masing. Aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi keberanian para pelajar untuk berucap dikhalayak ramai serta mengembangkan lagi bakat-bakat yang ada untuk menjadi seorang pemimpin. Diharapkan program seperti ini akan melahirkan generasi yang mampu menjadi pemimpin pada masa akan datang.